Home Berita Post View

Tembakan Di Bethlehem

Apr 11, 2022 05:33 am

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa seorang wanita bernama Ghada Sabatien yang berusia 35 tahun telah syahid akibat ditembak oleh pasukan tentera Israel di kampung Husan yang terletak di wilayah Bethlehem, Tebing Barat.

Ketua Majlis Kampung Husan, Mohamed Sabatien berkata, pasukan tentera melepaskan tembakan ke arah wanita tersebut ketika beliau sedang berjalan di jalan raya. Perkara ini telah mengakibatkan kecederaan ke atas beliau. Beliau merupakan seorang balu dan mempunyai enam orang anak.

Tambah Kementerian Kesihatan lagi, Ghada Sabatien telah tiba di hospital dalam keadaan mengalami luka pada arteri di bahagian betis dan kehilangan banyak darah yang mengakibatkan kematiannya. 

 

Related