Home Berita Post View

Pertempuran di Jenin dan Kecederaan di Hebron

Apr 11, 2022 05:32 am

 

Sebuah pertempuran bersenjata tercetus di Jenin dan penduduk Palestin cedera ditembak di Hebron, Tebing Barat. 

Sumber tempatan melaporkan bahawa angkatan tentera Israel bersama kenderaan bersenjata menyerbu bandar Ya’bad di Jenin. Sekumpulan penembak hendap ditempatkan di sekeliling bumbung-bumbung bangunan  manakala yang lainnya memecah masuk sebuah kedai serta mencuri sebahagian harta sebelum menahan pemilik kedai tersebut. Selain itu, lima orang pemuda turut ditahan. 

Dalam pada itu, di Beit Ummar yang terletak di bandar Hebron, empat orang penduduk Palestin cedera ditembak menggunakan peluru hidup. Salah seorang daripada mangsa merupakan kanak-kanak. Pada masa yang sama, berpuluh-puluh penduduk Palestin sesak nafas akibat terhidu gas yang mengandungi racun yang dilepaskan oleh tentera Israel. Gas tersebut dilepaskan ke arah peserta perarakan solidariti. Kejadian yang sama juga berlaku di kem pelarian Jenin. 

Related