22 orang rakyat Palestin telah ditangkap di beberapa kawasan yang terletak di Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan, pasukan tentera Israel menangkap lapan orang pemuda yang sedang beribadah di bandar Jenin dan beberapa yang lain ditangkap di kawasan yang berbeza seperti di bandar Tulkarm, Nablus, Ramallah, Bethlehem dan kota al-Quds.
Di samping itu, tiga orang pekerja Palestin mengalami kecederaan semasa mereka diburu oleh pasukan tentera di tembok sempadan bandar Qalqilya.
Ekoran daripada kejadian serangan di Bnei Brak dan Tel Aviv, pasukan tentera Israel mengetatkan prosedur mereka pada laluan kecil yang dibuat oleh warga Palestin di tembok tersebut. Hal ini kerana, dari laluan itulah para penyerang masuk dan melancarkan serangan yang berlaku di dua tempat tersebut.

