Home Berita Post View

Arahan Waspada Selepas Operasi Tel Aviv

Apr 09, 2022 03:57 am

Pegawai kerajaan negara Israel mengumumkan signal amaran negara dipertingkatkan ke tahap yang tertinggi selepas kejadian penembakan secara rawak yang dilakukan oleh seorang pemuda iaitu Raad Hazem di bandar Tel Aviv. Beliau syahid selepas sembilan jam diburu oleh pihak berkuasa Israel.

Presiden Israel, Naftali Bennett mengadakan perbincangan bagi mengkaji situasi semasa selepas kejadian di Tel Aviv. Beliau memutuskan untuk mengekalkan penutupan persimpangan jalan Jalameh yang menuju ke bandar Jenin iaitu bandar kelahiran as-syahid Raad. Tindakan ini bertujuan bagi menghalang sebarang pergerakan keluar masuk daripada bandar tersebut dan akan dikekalkan sehingga diberitahu.

Related