Home Berita Post View

Kecederaan Dan Penangkapan Di Tebing Barat

Apr 09, 2022 03:56 am

Pasukan tentera Israel menembak beberapa orang pemuda Palestin di beberapa kawasan yang terletak di Tebing Barat.

Di Tulkarm, tiga orang pemuda telah ditembak semasa pertempuran berlaku. Das tembakan itu dilepaskan oleh pihak pasukan tentera.

Di samping itu, di kampung Turmus Aya, Ramallah, pasukan tentera Israel melepaskan das tembakan ke arah sekumpulan pemuda Palestin dan tindakan tersebut telah mengakibatkan dua orang pemuda mengalami kecederaan dan telah ditangkap manakala sebuah pertempuran antara pasukan tentera dan para pemuda Palestin telah tercetus di bandar Hebron. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam masa yang sama, warga Israel menyerang kenderaan-kenderaan milik warga Palestin yang terletak behampiran kampung Sinjil yang bersebelahan dengan kampung Turmus Aya. Mereka membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan itu dan mengejar para pemuda yang menentang mereka.

 

Related