Home Berita Post View

Pejuang Palestin Membenarkan Serangan Di Tel Aviv

Apr 09, 2022 03:55 am

 

Pejuang Palestin menyokong operasi serangan yang dilakukan oleh Raad Hazem di pertengahan Tel Aviv. Serangan tersebut mengakibatkan dua orang rakyat Israel terbunuh dan 15 orang yang lain cedera. 

HAMAS menganggap serangan tersebut sebagai tindak balas semulajadi dan sah berdasarkan kepada peningkatan jenayah yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin, Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa. Anggota jawatankuasa The Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) berkata bahawa setiap keganasan dan serangan ke atas kawasan Baitul Maqdis akan dibalas oleh rakyat Palestin dengan menyerang ‘sarang’ Israel. Dalam pada itu, ahli jawatankuasa pejuang Palestin mengesahkan bahawa serangan balas yang baru ini bakal menggoyahkan Israel dan dapat membuktikan kerapuhan dan kelemahan mereka.

Related