Home Berita Post View

Tahanan Rancang Mogok Lapar

Apr 06, 2022 11:22 am

 

Thamer Saba’aneh, aktivis yang berjaya membebaskan diri dari penjara berkata tahanan pentadbiran di penjara Israel merancang untuk melaksanakan mogok lapar sebagai pelengkap terhadap boikot mereka ke atas mahkamah Israel.

Saba’aneh menjelaskan lagi bahawa tindakan memboikot mahkamah Israel dibuat sebagai protes terhadap pengalaman pahit yang dialami oleh tahanan pentadbiran. Beliau menegaskan lagi bahawa terdapat langkah-langkah yang berkait dengan langkah pemboikotan contohnya, pemulangan semula makanan yang diterima dari pihak penjara, memboikot ubat-ubatan bagi sebahagian tahanan yang sakit dan langkah-langkah yang lain dilaksanakan oleh tahanan pentadbiran.

Dalam pada itu, tahanan pentadbiran berterusan memboikot mahkamah Israel buat hari yang ke-95 dengan membawa slogan “Bebaskan Kami!” yang bertujuan untuk menamatkan rekod penahanan pentadbiran.

Related