Saluran 14 Israel melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Awam Israel, Omer Barlev menggesa penangkapan dan pembunuhan terhadap mereka yang digelar sebagai “pengganas”. Gelaran ini merujuk kepada warga Palestin.
Menurut saluran tersebut, kenyataan daripada Barlev itu tidak dirakam dan ditularkan oleh mana-mana media massa Israel yang lain. Kenyataan ini dibuat semasa lawatannya ke kediaman keluarga seorang anggota tentera, Barel Shmueli yang terbunuh beberapa bulan yang lalu di sempadan Gaza.
Saluran itu menganggap bahawa kenyataan yang dibuat itu mewakili perubahan arah yang diambil oleh Berlev yang dikenali sebagai “haluan kiri”.

