Home Berita Post View

Ancaman Buat Israel

Apr 06, 2022 11:20 am

 

Gerakan Jihad Islam melalui jurucakap mereka bertegas dalam sebuah wawancara dengan akhbar The New Arab, terdapat persepakatan antara gerakan HAMAS dan Jihad Islam berkenaan tindakan balas dari Gaza terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Israel ke atas Tebing Barat dan al-Quds jika ia melepasi garis merah.

Jurucakap tersebut menafikan kenyataan yang telah dilaporkan oleh Gal Berger iaitu koresponden hal ehwal Palestin melalui organisasi penyiaran Israel, Kan 11, berkenaan dengan HAMAS menghalang gerakannya daripada bertindak balas terhadap jenayah membunuh tiga orang pejuangnya pada pagi Sabtu lalu yang berlaku di kawasan berhampiran Jenin.

Akhbar itu memetik laporan daripada sumber Palestin yang sering berhubung dengan pengantara pihak Palestin bahawa Israel telah menghantar mesej kepada kumpulan penentang di Gaza bagi menuntut mereka agar kekal bertenang. Sebagai balasan, Israel akan menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang luar biasa kepada mereka. Perkara ini sangat bercanggah dengan ancaman yang diberi secara terbuka oleh Israel kepada rakyat Palestin.

 

Related