Home Berita Post View

Israel Menindas Orang Awam Pada Hari Ketiga

Apr 05, 2022 11:44 am

 

Tentera Israel menindas penduduk Palestin di kawasan Gerbang Damsyik yang terletak di bandar al-Quds pada hari ketiga.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel menindas penduduk yang hadir di perkarangan Gerbang Damsyik yang merupakan salah satu gerbang di al-Aqsa. Selain itu, tentera Israel juga memukul penduduk Palestin menggunakan baton dan menyebabkan kecederaan. Seterusnya, seorang remaja ditahan oleh tentera Israel di kawasan Gerbang Damsyik.

Gerbang Damsyik menjadi saksi terhadap ketegangan yang berlaku sejak hari pertama Ramadan tahun ini ekoran penahanan seorang pemuda yang hadir dengan alasan palsu. 

Related