Home Berita Post View

Kecederaan Ketika Pertempuran Di Baitul Maqdis dan Tebing Barat

Apr 05, 2022 07:36 am

 

Sejumlah rakyat Palestin cedera ketika pertempuran antara tentera Israel di Baitul Maqdis dan Tebing Barat.

Di Gerbang Damsyik, seramai 19 orang rakyat Palestin mengalami kecederaan semasa pertempuran dengan 3000 anggota tentera Israel. Dalam kejadian tersebut, tentera Israel memukul rakyat Palestin menggunakan baton dan mereka menahan beberapa orang pemuda Palestin. 

Sementara itu, satu pertempuran ganas antara tentera Israel dan berpuluh-puluh pemuda Palestin tercetus di perkampungan Husan, Bethlehem. Kejadian tersebut berlaku ekoran serbuan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas perkampungan tersebut dengan melepaskan bom tangan, gas pemedih mata dan peluru logam. Selain itu, beberapa pemuda Palestin turut ditahan.

Related