Home Berita Post View

Tentera Israel Bersiap Sedia Terhadap Serangan Di Gaza

Apr 05, 2022 07:35 am

 

Saluran 13 Israel menegaskan bahawa Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Aviv Kochavi memerintahkan supaya pasukan tentera bersiap sedia bagi menghadapi sebarang pertempuran yang mungkin berlaku dalam menghadapi serangan balas dari Semenanjung Gaza. Di samping itu, beliau juga mengeluarkan arahan untuk menggunakan lebih banyak bateri Iron Dome di sempadan Semenanjung Gaza kerana bimbang pejuang Palestin melancarkan roket sebagai tindak balas terhadap jenayah bunuh dua orang pejuang Palestin di Jenin. 

Related