Home Berita Post View

Israel Menyerang Pekerja di Tembok Aparteid

Apr 05, 2022 07:33 am

 

Beberapa pekerja Palestin cedera akibat terkena tembakan dan letupan bom oleh tentera Israel berhampiran Tembok Aparteid di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel yang dikerahkan untuk mengawal di sepanjang tembok menyerang para pekerja dengan bom dan melakukan percubaan menahan beberapa orang daripada mereka. Kejadian tersebut berlaku bagi menghalang para pekerja daripada masuk melalui bukaan tembok ke kawasan pedalaman Palestin untuk bekerja. Susulan daripada insiden tersebut, beberapa orang daripada mereka telah mengalami sesak nafas akibat terhidu gas beracun manakala seorang pekerja cedera ditembak.

Related