Home Berita Post View

Penangkapan Di Tebing Barat Dan Al-Quds dan Serangan Di Hebron

Apr 05, 2022 07:30 am

Sebuah operasi serbuan dan buruan telah dilancarkan di kawasan yang berasingan di Tebing Barat dan al-Quds. Tindakan pasukan tentera Israel ini telah mengakibatkan beberapa orang penduduk Palestin ditangkap manakala di Hebron, sekumpulan penduduk Israel melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin dan harta benda milik mereka.

Menurut persatuan tahanan, lapan orang penduduk Palestin telah ditangkap semasa operasi serbuan berlangsung dengan dakwaan bahawa mereka menyertai operasi penentangan yang dilaksanakan oleh penduduk awam ke atas penduduk Israel dan pasukan tentera. Selain itu, lima orang lagi ditangkap di Gerbang Damsyik yang terletak berhampiran al-Quds.

Sementara itu, penduduk Israel yang bersenjata menyerang beberapa buah rumah penduduk Palestin yang terletak di tengah-tengah kota Hebron dan pasukan tentera menghalang para petani daripada memasuki tanah mereka di wilayah Beit Umar yang terletak di kota itu.

 

Related