Sebuah pertempuran tercetus di Ramallah dan Jenin. Bukan itu sahaja, malah tentera Israel juga telah menutup dua jalan di Tebing Barat dengan menggunakan blok konkrit.
Di samping itu, pertempuran tercetus melibatkan dua orang pemuda dan tentera Israel di kem pelarian Jalazone, Ramallah. Pertempuran ini berlaku ekoran daripada serbuan dan penahanan beberapa orang penduduk Palestin di kem tersebut yang telah menyebabkan seorang penduduk Palestin mengalami kecederaan tahap sederhana akibat terkena peluru logam yang ditembak oleh tentera Israel.
Selain itu, sebuah pertempuran juga tercetus di bandar Yamun, Jenin selepas tentera Israel menyerbu bandar tersebut dan menahan beberapa orang pemuda termasuk tiga beradik namun tiada kecederaan dilaporkan.

