Delegasi HAMAS yang diketuai oleh Ketua Biro Politik gerakan tersebut iaitu Ismail Haniyeh bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani.
Dalam pertemuan tersebut, delegasi gerakan HAMAS melakukan tinjauan terhadap perkembangan isu perjuangan Palestin dan peningkatan serangan daripada Israel di Tebing Barat serta pembantaian yang dilakukan oleh pihak Israel ke atas rakyat Palestin, yang terbaru adalah semalam di Jenin. Kajian ini merujuk kepada keadaan para tahanan di penjara dan pengepungan yang dibuat terhadap Semenanjung Gaza serta penghapusan etnik di al-Quds.

