Ribuan rakyat Palestin menunaikan solat subuh di Masjid al-Aqsa bagi menyahut seruan kempen “Subuh Agung” yang diraikan bersempena “Fajar Saif Al-Quds” pada minggu ini.
Seluruh halaman dan ruangan solat dipenuhi dengan anggota-anggota perikatan yang datang dari Tebing barat dan kawasan pedalaman Palestin. Gerakan HAMAS menyeru rakyat Palestin dan negara-negara Arab serta negara Islam untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh pada hari Jumaat di Masjid Palestin dan di seluruh masjid di dunia sebagai tanda sokongan bagi kempen ini.
Tujuan kempen ini dianjurkan adalah untuk memelihara dan melindungi Masjid al-Aqsa daripada pelan penghapusan etnik yang dirancang oleh Israel sekaligus bagi menegaskan lagi identiti masjid tersebut sebagai masjid umat Islam.

