Home Berita Post View

12 Orang Rakyat Palestin Ditangkap Di Tebing Barat

Apr 05, 2022 06:36 am

Pasukan tentera Israel menangkap 12 orang rakyat Palestin di Tebing Barat semasa operasi serbuan berlangsung. Salah seorang yang ditangkap termasuk bekas Timbalan Majlis Perundangan.

Seorang bekas Timbalan Majlis Perundangan al-Quds, Ahmed Atoun yang merupakan seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara dan diusir dari al-Quds juga ditangkap. Pasukan tentera Israel menyerbu masuk ke dalam rumah beliau di Betlehem. Kemudian, tiga orang bersaudara di Jenin ditangkap selepas rumah mereka diceroboh masuk dan perabot di dalam rumah mereka dimusnahkan dan kejadian ini telah menjejaskan kesihatan bapa mereka.

Di Bayt Rima, Ramallah, empat orang rakyat Palestin ditangkap. Mangsa tangkapan termasuk seorang warganegara dan anaknya manakala yang lain ditangkap di Nablus.

 

Related