Home Berita Post View

Pertembungan Di Jenin Mengakibatkan Kecederaan

Apr 01, 2022 05:02 am

Beberapa orang warga Palestin mengalami kecederaan semasa pertembungan dan pertempuran bersenjata dengan pasukan tentera Israel yang berlaku di kem pelarian Jenin, Tebing Barat.

 Berpuluh-puluh buah kereta kebal milik tentera Israel menyerbu masuk ke kawasan kem pelarian tersebut secara mengejut. Mereka mengepung beberapa buah rumah warga Palestin dan memaksa mereka keluar dari rumah milik mereka. Penembak tepat pihak Israel memanjat bumbung rumah bagi mengancam ahli rumah tersebut. Ekoran daripada kejadian itu, sebuah pertembungan berlaku antara para pemuda Palestin dan pasukan tentera Israel dan ia berterusan sehingga mencetuskan pertempuran bersenjata antara mereka. Pertempuran ini telah mengakibatkan kecederaan tujuh orang warga Palestin dan tiga daripada mereka mengalami kecederaan parah. Salah seorang anggota tentera Israel juga mengalami kecederaan.

Di samping itu, pasukan tentera Israel juga membaling bom gas beracun ke arah bangunan hospital yang menerima mangsa yang telah cedera akibat pertembungan yang berlaku. Tindakan ini telah mencetuskan kekacauan di hospital.

 

Related