Pasukan tentera Israel melancarkan operasi serbuan dan penangkapan terhadap 14 orang warga Palestin yang menetap di Tebing Barat. Mangsa tangkapan termasuk tahanan yang berjaya bebas dari penjara.
Sumber tempatan melaporkan, pasukan tentera Israel menceroboh masuk ke kawasan bandar Salim yang terletak di timur Nablus. Mereka menyerbu dan menggeledah beberapa buah kediaman di sana dan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda di dalam kediaman tersebut. Selain itu, mereka juga mengedarkan risalah yang berunsurkan ancaman kepada warga Palestin serta menangkap empat orang warga tempatan. Antara tahanan tersebut termasuklah dua orang saudara.
Di Salfit, seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara, Muawiyah Sufyan Abu Layla turut ditangkap selepas serbuan dibuat ke atas rumahnya. Operasi penangkapan ini berterusan di beberapa buah bandar seperti Bethlehem, Qalqilya, Hebron dan kem pelarian Qalandiya.

