Tentera Israel memutuskan untuk mengukuhkan pertahanan mereka di Seam Zone, Tebing Barat untuk kali kedua dalam masa kurang seminggu.
Dalam pada itu, media Israel melaporkan bahawa dalam mesyuarat yang diadakan bagi menilai situasi semasa, Ketua Staf Am Angkatan Pertahanan Israel mengeluarkan arahan untuk memanggil anggota tentera tambahan ke Seam Zone berikutan serangan mengejut di Tel Aviv.
Selepas dua hari berlakunya serangan di al-Hadera, tentera Israel mengukuhkan ketenteraannya di Tebing Barat kerana takut serangan berulang.

