Home Berita Post View

Kempen Penahanan di Pedalaman Palestin

Mar 29, 2022 12:08 pm
WhatsApp Image 2022-03-29 at 14.31.25.jpeg

 

Polis Israel melancarkan operasi penahanan terhadap beberapa orang aktivis di kawasan pedalaman Palestin. Operasi ini disifatkan sebagai “operasi penahanan hendap”.

Penahanan ini dibuat ekoran operasi gerila al-Hadera yang telah membunuh dua orang tentera Israel dan juga mengorbankan dua orang warga Palestin akibat ditembak Israel.

Portal Israel Kan 11 melaporkan bahawa polis Israel menggunakan alat peranti khusus untuk menyoal siasat para tahanan dan memberi amaran kepada mereka daripada melakukan sebarang operasi gerila namun tiada statistik yang menunjukkan jumlah rakyat Palestin yang telah ditangkap.

Related