Pertempuran tercetus antara tentera Israel dan penduduk dari dua bandar iaitu Beita dan Beit Dajan yang terletak di Nablus.
Tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup, peluru logam serta gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan. Hal ini telah mengakibatkan sembilan orang daripadanya cedera ditembak dan mengalami sesak nafas akibat terhidu gas beracun. Sementara itu, seorang wartawan cedera terkena tembakan di kakinya.
Begitu juga dengan perkampungan Beit Dajan, beberapa orang warga Palestin mengalami sesak nafas akibat terhidu gas beracun yang dilepaskan tentera Israel ke arah penunjuk perasaan.

