Menteri Luar Negeri Israel mengumumkan bahawa Israel akan mengadakan Sidang Kemuncak Politik Pertama di Baitul Maqdis bermula semalam sehingga hari ini. Persidangan ini disertai oleh Setiausaha Amerika Syarikat, Antony Blinken bersama-sama dengan Menteri Luar Negeri Emiriah Arab Bersatu, Maghribi dan Bahrain bagi membincangkan isu serantau dan global.

