Home Berita Post View

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Dan Penempatan Di Palestin

Mar 28, 2022 12:02 pm
berita 4.jpeg

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet membentangkan laporan tahunannya berkenaan status hak asasi manusia dan penempatan di Palestin dalam Majlis Hak Asasi Manusia yang dianjurkan di Geneva, Switzerland.

Menurut Bachelet, pasukan tentera Israel sering menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadap rakyat Palestin. Beliau menambah, bilangan mangsa syahid dalam kalangan rakyat Palestin semakin bertambah ekoran daripada kekerasan yang dilakukan oleh pihak tentera Israel.

Antara perkara yang dibincangkan dalam laporan tersebut ialah pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa yang berlaku semasa pencerobohan Israel ke atas Gaza berlangsung, dasar hukuman kolektif, penahanan kejam, layanan buruk serta sekatan ke atas hak kebebasan hidup am.

Berkenaan keganasan yang dilakukan oleh rakyat Israel pula, Bachelet berkata, rakyat Israel melakukan keganasan secara konsisten dan keganasan tersebut terus meningkat kerana mereka mendapat kelulusan dan perlindungan daripada pasukan tentera Israel.

 

Related