Home Berita Post View

Boikot Ke Atas Mahkamah Israel

Mar 28, 2022 12:00 pm

Hari ke-48, seramai 500 orang tahanan pentadbiran menjalankan operasi boikot ke atas mahkamah Israel sebagai bantahan kepada dasar penahanan pentadbiran.

Seorang tahanan pentadbiran berkata, pada awal Januari 2022, mereka memutuskan untuk menjalankan boikot ke atas seluruh prosedur kehakiman yang berkaitan dengan penahanan pentadbiran. Boikot ini bertujuan bagi menekan pihak Israel untuk menghentikan pelaksanaan dasar penangkapan tersebut ke atas rakyat Palestin atas alasan bahawa mereka menyimpan fail rahsia yang tidak boleh didedahkan.

Penahanan pentadbiran ialah penahanan tanpa tuduhan dan perbicaraan. Dasar ini adalah bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Israel merupakan satu-satunya negara yang melaksanakan dasar ini.

 

Related