Sebuah pertembungan antara warga Palestin dan pasukan tentera Israel bersama-sama dengan rakyat Israel telah meletus di perkampungan Burqa, barat laut Nablus yang terletak di Tebing Barat.
Pertembungan ini berlaku ekoran daripada serangan rakyat Israel yang berkumpul berhampiran pintu masuk perkampungan tersebut ke atas kenderaan milik warga Palestin. Sumber tempatan melaporkan, warga Palestin membalas serangan warga Israel yang telah memecahkan beberapa tingkap kenderaan milik mereka lalu mereka saling berbalas serangan di kawasan itu.
Pasukan tentera Israel dan warga Israel telah mengepung dan menyerang Burqa semenjak pertengahan Disember yang lalu.

