Gerakan Kebangsaan Tahanan di penjara Israel mengumumkan berkenaan penangguhan mogok lapar selepas kemenangan mereka ke atas pentadbiran penjara. Pihak pentadbiran penjara menarik semula perjanjian dengan menghentikan pelanggaran hak-hak mereka dan para tahanan dapat mengecapi beberapa kejayaan dalam tuntutan yang mereka usahakan selama bertahun-tahun.

