Home Berita Post View

Solat Subuh Agung Di Masjid Al-Aqsa

Mar 25, 2022 12:42 pm
WhatsApp Image 2022-03-25 at 3.55.34 PM.jpeg

 

Beribu-ribu penduduk Palestin berkerumun di pekarangan Masjid al-Aqsa pada hari Jumaat yang ketiga bagi menyahut seruan kempen “Subuh Agung” di bawah slogan “Fajar Tanah Air”.

Meskipun pasukan tentera Zionis membuat sekatan ke atas penduduk dan mengepung para jemaah solat di sana, ratusan penduduk Tebing Barat telah berjaya sampai ke kawasan masjid dan menunaikan solat subuh di sana. Mereka termasuklah para wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Kempen ini telah bertukar menjadi demonstrasi agama yang berunsurkan politik yang berlaku secara mingguan di Masjid al-Aqsa melalui penamaan setiap Jumaat dengan nama khusus yang merujuk kepada salah satu isu yang dihadapi di kawasan Baitul Maqdis.

Related