Tentera Israel melancarkan kempen serbuan dan buruan di pelbagai wilayah di Tebing Barat. Sejumlah warga Palestin ditahan dan ada di antara mereka tercedera semasa pertempuran di Nablus dan Bethlehem.
Sekurang-kurangnya lima orang warga Palestin cedera ditembak ketika tercetusnya pertempuran antara tentera Israel di Nablus. Empat orang pemuda Palestin cedera dan salah seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada semasa pertempuran antara tentera Israel di kem pelarian Dheisha, Bethlehem semasa pertempuran antara tentera Israel yang menyerbu kem pelarian tersebut manakala dua orang lagi pemuda ditahan.
Selain itu, dua orang pemuda di Jenin, dua bersaudara di Ramallah dan seorang tahanan yang berjaya bebas di Hebron telah ditahan oleh tentera Israel.

