Pakar Hal Ehwal Tahanan, Abdel Nasser Farwana berkata bahawa terdapat satu berita gembira di penjara Israel selepas berlangsungnya satu mesyuarat yang tegang. Dalam mesyuarat tersebut, pihak pentadbiran penjara bersetuju untuk memenuhi beberapa tuntutan tahanan. Ekoran daripada keputusan tersebut, mogok yang dijadualkan bermula esok ditangguhkan.

