Home Berita Post View

Kecederaan di Dheisha

Mar 24, 2022 09:57 am
WhatsApp Image 2022-03-24 at 4.30.28 PM.jpeg

Pasukan tentera Israel menembak tiga orang pemuda dan menangkap tiga yang lain semasa operasi serbuan di kem pelarian Dheisha, selatan Bethlehem di Tebing Barat.

Menurut laporan sumber tempatan, sebuah pertembungan antara para pemuda dan pasukan tentera Israel berlaku rentetan daripada operasi serbuan ke atas kem pelarian tersebut. Anggota pasukan tentera Israel melepaskan das tembakan dan membaling bom gas dan bom bunyi ke arah mereka. Kejadian yang berlaku telah menyebabkan tiga orang pemuda ditembak di bahagian perut dan kaki manakala tiga pemuda yang lain ditangkap selepas rumah mereka diserbu dan digeledah.

 

Related