Tentera Israel melancarkan kempen penahanan besar-besaran di bandar Tebing Barat yang menyasarkan 30 orang warga Palestin. Mangsa yang ditahan termasuklah dua orang gadis dan bapa kepada seorang mangsa syahid.
Pejabat Penerangan Tahanan berkata bahawa tentera Israel menyerbu bandar Nablus dan menahan seorang pelajar yang bernama Aida al-Masri iaitu anak perempuan kepada al-Syahid Ammar al-Masri. Mereka juga menahan seorang pelajar yang bernama Aminah Bilal Ishtayyah dari bandar Tell dan seorang remaja serta seorang pemuda dari bandar tersebut.
Di Jenin, tentera Israel menahan tiga orang warga Palestin manakala di Tulkarm mereka menahan lapan orang warga Palestin selain menahan dua orang kanak-kanak, 12 orang penduduk Baitul Maqdis serta seorang pemuda di Bethlehem.

