Home Berita Post View

Serangan Israel Di Tebing Barat

Mar 23, 2022 11:40 am
WhatsApp Image 2022-03-23 at 4.25.26 PM.jpeg

 

Warga Israel menyerang kenderaan-kenderaan milik warga Palestin dengan membaling batu ke arahnya manakala beberapa jalan raya di Tebing Barat telah ditutup.

Pegawai yang bertanggungjawab berkenaan dengan dokumen penempatan di utara Tebing Barat, Ghassan Douglas berkata, warga Israel membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan milik warga Palestin di selatan Nablus. Beliau menjelaskan, pasukan tentera Israel telah menutup beberapa jalan raya di selatan dan timur bandar Nablus.

Warga Israel berkumpul di pintu masuk utara dua bandar iaitu, Ramallah dan al-Bireh. Mereka memecahkan tingkap beberapa kenderaan milik warga Palestin dengan batu semasa mereka melalui jalan tersebut dan mengancam mereka dengan serangan selanjutnya.

Sumber tempatan melaporkan, sekumpulan warga Israel menyerbu perkampungan Beitin, timur al-Bireh dan membuat serangan dengan membaling batu ke arah rumah-rumah penduduk awam di sana.

Related