Home Berita Post View

Mangsa Kecederaan Semasa Pertembungan Di Ramallah

Mar 23, 2022 11:40 am
WhatsApp Image 2022-03-23 at 4.24.26 PM.jpeg

 

 Sebuah pertembungan antara orang awam dan pasukan tentera Israel telah berlaku ekoran serbuan terhadap perkampungan al-Midya yang terletak di barat Ramallah, Tebing barat. Kejadian ini telah mengakibatkan beberapa orang awam mengalami sesak nafas.

Ketua Majlis Al-Midya, Muhammad Sadaqa berkata, pasukan tentera Israel menyerbu sebuah kawasan kampung dan melempar bom gas pemedih mata ke arah penduduk tempatan. Kejadian ini telah mencetuskan pertembungan dan mengakibatkan kecederaan dan sesak nafas di kalangan warga penduduk.

Pasukan tentera Israel cuba untuk menguasai daerah Jabal Ra’s dengan mendakwa bahawa terdapat tempat suci bagi bangsa Yahudi di sana.

Related