Akhbar Israel Haaretz melaporkan bahawa sidang kemuncak antara 3 pihak telah diadakan di Sharm El-Sheikh di Sinai. Persidangan dilakukan antara Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed al-Nahyan untuk membina pakatan serantau menentang Iran yang berada di bawah pengaruh Amerika.

