Kerajaan Israel menjalinkan hubungan dengan semua parti politik di Palestin dan serantau Palestin. Tindakan ini bertujuan bagi mengelak sebarang pertempuran sepanjang bulan Ramadan nanti serta membenarkan mereka meneruskan pelan pemindahan berpuluh ribu orang warga Yahudi dari Ukraine ke Tebing Barat.
Pihak kerajaan menuntut pihak berkuasa agar berunding dengan para pemimpin persatuan tahanan di penjara bagi membatalkan protes yang dijadualkan pada 25 Mac nanti kerana bimbang akan mencetuskan api kemarahan di Tebing Barat. Pada masa yang sama, pihak berkuasa menetapkan syarat kepada pihak kerajaan agar mereka memulangkan semula hak-hak para tahanan dan tidak melakukan sebarang operasi balas dendam terhadap mereka seperti yang dilakukan sekarang.

