Home Berita Post View

Penangkapan Di Tebing Barat

Mar 22, 2022 11:48 am
WhatsApp Image 2022-03-22 at 4.05.27 PM.jpeg

Pasukan tentera Israel melancarkan kempen serbuan dan penangkapan terhadap sejumlah orang awam Palestin di Tebing Barat.

Biro Publisiti Tahanan melaporkan, tiga orang pemuda telah ditangkap di Ramallah. Mangsa termasuklah dua orang tahanan yang berjaya bebas dari penjara. Di Nablus, seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara, Bader Al-Tashtoush telah ditangkap selepas rumah beliau diserbu masuk manakala, dua orang lagi pemuda ditangkap di Bethlehem.

Rumah salah seorang pemimpin HAMAS, Raafat Nassif yang terletak di Tulkarm telah diceroboh masuk dan beliau diancam dengan waran penangkapannya. Kejadian yang sama berlaku pada rumah seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara dan dihantar ke Turki, Abdel Hakim Hanini. Kejadian yang berlaku itu telah mengakibatkan kemusnahan yang besar.

 

Related