Home Berita Post View

Hari Ibu, Sepuluh Orang Ibu Di Penjara Israel

Mar 21, 2022 11:31 am
أسيرات.jpg

Persatuan Tahanan Palestin berkata dalam satu laporan, pasukan tentera Israel memutuskan untuk mengurung sepuluh orang ibu yang merupakan antara 31 orang tahanan di penjara Damon.

Bersempena Hari Ibu yang disambut pada 21 Mac setiap tahun, pihak pentadbiran penjara Israel mengharamkan anak-anak para tahanan daripada menziarahi ibu-ibu mereka. Kebiasaannya, pada hari tersebut mereka dapat memeluk ibu mereka sempena meraikan hari yang istimewa. Pengharaman tersebut juga termasuklah larangan dalam pelbagai hal yang lain. Pihak pentadbiran penjara sering menolak tuntutan para ibu yang ditahan untuk menyediakan mereka telefon awam walaupun tuntutan tersebut telah dibuat bertahun lamanya. Tuntutan ini bertujuan bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan ahli keluarga.

Para ibu yang sedang ditahan telah menjalani hukuman penjara selama bertahun-tahun. Mereka berhadapan dengan segala penderitaan dan penyeksaan yang dilakukan oleh pegawai penjara terhadap para tahanan yang lain.

Related