Sumber Israel melaporkan bahawa serangan tikaman telah berlaku berhampiran Gerbang Damsyik di Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis.
Saluran TV7 Israel melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin telah melakukan tindakan menikam seorang tentera Israel. Kejadian ini telah mengakibatkan kecederaan ringan terhadap tentera tersebut. Polis Israel bergegas ke tempat kejadian manakala pemuda tersebut berjaya melepaskan diri dengan selamat.

