Home Berita Post View

Tiga Remaja Ditahan Semasa Pertempuran di Hebron

Mar 17, 2022 11:03 am
اعتقال اطفال.jpg

Tentera Israel menahan tiga orang remaja dan yang lain ketika sebuah pertempuran tercetus di bandar Hebron, selatan Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa dua saudara iaitu Samer dan Tamer Mohi al-Din al-Salaymeh serta seorang remaja Amir Alaa al-Din al-Salaymeh ditahan oleh tentera Israel. Hal ini ekoran penentangan mereka serta warga lain yang berlaku berhampiran penempatan Kiryat Arba di Hebron.

Pertempuran antara pemuda Palestin dan tentera Israel  tercetus di Kem Pelarian Al-Aroub. Tentera Israel melepaskan tembakan dan bom gas ke arah mereka yang menyebabkan berpuluh-puluh orang awam mengalami sesak nafas.

Related