Tentera Israel melancarkan kempen serbuan dan penangkapan di kawasan berasingan di Tebing Barat manakala pertempuran juga tercetus antara pemuda Palestin dan tentera Israel di Nablus dan Jenin.
Persatuan tahanan melaporkan bahawa tentera Israel telah menangkap enam orang penduduk Palestin di Nablus dan Tulkarm.
Pertempuran tercetus di bandar Nablus antara pemuda dan tentera Israel yang melepaskan tembakan peluru logam dan bom yang mengandungi gas pemedih mata ke arah pemuda yang menentang tentera Israel dan membakar tayar getah. Pertempuran ini mengakibatkan seorang wartawan tercedera.
Di bandar Jenin, seorang pemuda cedera terkena peluru hidup di bahagian belakang badan semasa pertempuran dengan tentera Israel selepas mereka menyerbu kejiranan Kharouba di mana mereka melepaskan peluru hidup dan peluru logam serta gas pemedih mata.

