Kerajaan Israel meluluskan projek penubuhan dua penempatan baru bagi golongan Ultra Ortodoks dan Sekular di Negev, Palestin.
Menurut sumber tempatan, rancangan ini bertujuan untuk menubuhkan penempatan bagi golongan Ultra Ortodoks di daerah Kota Arad dan pinggir Kota Kuseife. Rancangan tersebut merupakan sebahagian dari dasar kerajaan Israel untuk mencegah dan menghalang peluasan bandar dan daerah rakyat Palestin di Negev.
Kerajaan juga telah meluluskan pelan lima tahun kontrak penempatan di Negev dengan tuntutan pembangunan masyarakat Badwi. Dengan pelan ini, mereka dapat meneruskan operasi pelanggaran hak-hak warga tempatan di Negev melalui aktiviti perobohan rumah dan penggondolan tanah serta rampasan tanah.

