Home Berita Post View

Pertembungan Di Nablus

Mar 15, 2022 12:23 pm
مواجهات بنابلس.jpg

Satu pertembungan telah berlaku di Kota Nablus yang terletak di Tebing Barat yang dijajah. Pasukan tentera Israel menyerbu Kem Pelarian Balata dan mengepung sebuah rumah seorang pemuda yang dikehendaki, Ammar Arafat.

Sekurang-kurangnya tiga orang awam telah cedera dan seorang kanak-kanak berusia 14 tahun telah mengalami kecederaan yang parah semasa kepungan dibuat ke atas rumah beliau. Kepungan tersebut dibuat sebelum pasukan khas Israel dihantar bagi menceroboh rumah beliau sekaligus menangkapnya. Pasukan pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera Israel.

Pasukan tentera Israel  melancarkan kempen penangkapan di kota yang berasingan yang terletak di Tebing Barat. 17 orang awam telah mengalami kecederaan ekoran daripada kempen tersebut.

Related