Home Berita Post View

Notis Perobohan Sekolah, Rumah serta Penggondolan Tanah

Mar 15, 2022 12:22 pm
تجريف وهدم.jpg

Tentera Israel mengeluarkan notis merobohkan sekolah dan 8 buah kediaman di Hebron. Mereka menutup pintu masuk ke bandar Burqa dan menggondol tanah di Nablus dan Bethlehem, Tebing Barat.

Pegawai Palestin yang memantau aktiviti penempatan di utara Tebing Barat, Ghassan Daghlas berkata, jentolak milik tentera Israel telah menutup pintu masuk kawasan al-Masoudiya yang menghala ke bandar Burqa dan menggondol tanah di sekitar kawasan tersebut. Ini merupakan isyarat bahaya ke atas pembinaan pagar kekal di al-Masoudiya Bersejarah yang mengandungi kesan peninggalan kereta api Hijaz pada zaman Uthmaniyyah. 

Tentera Israel menggondol 45,000 meter persegi tanah pertanian untuk membina jalan penempatan di Bethlehem. Di wilayah Hebron, operasi sekolah yang terdiri daripada 50 orang pelajar terpaksa digantung. Ini kerana, notis perobohan ke atasnya dan lapan buah kediaman di perkampungan Sha’ab al-Butm, Yatta telah dikeluarkan oleh tentera Israel.

Related