Menteri Luar Negeri Palestin, Riyad al-Maliki bertegas dalam satu kenyataan radio “Voice of Palestin”, terdapat jurang besar antara negara anggota Kesatuan Eropah berhubung peruntukan dana kepada Palestin untuk tahun 2021 dan 2022.
Menurut beliau, isu tersebut semakin hangat dibincang pada tahun lalu. Ini kerana terdapat kelewatan dalam menyalurkan dana Eropah kepada Palestin di mana sekatan penuh telah dikenakan ke atas dana tersebut. Sekatan ini bertujuan bagi menyemak semula kurikulum sekolah Palestin.
Kenyataan al-Maliki semasa pertemuannya dengan Pesuruhjaya Dasar Kejiranan di Kesatuan Eropah, Palestin tidak akan menerima bantuan bersyarat dari sesiapa.

