Home Berita Post View

Penangkapan Tahanan Yang Berjaya Bebas Dari Penjara Di Tebing Barat.

Mar 14, 2022 01:14 pm
مواجهات.jpg

Sebuah pertembungan telah berlaku di Beitunia, Ramallah. Pasukan tentera Israel melancarkan kempen penangkapan yang menyasarkan 12 orang awam termasuk para tahanan yang berjaya bebas dari penjara di Tebing Barat yang dijajah.

Sumber tempatan melaporkan, seorang pemuda melemparkan batu ke arah pasukan tentera Israel yang menceroboh bandar itu. Pasukan tentera Israel juga telah menceroboh kawasan perindustrian di Kota al-Bireh dan Bayt Rima yang terletak di barat Ramallah. Mereka berjaya menangkap seorang pemuda.

Seterusnya, Kota Tubas juga telah diceroboh. Pasukan Tentera Israel menangkap seorang pemuda selepas rumahnya diserbu manakala, pasukan pejuang Palestin bertindak balas dengan menembak ke arah pasukan tentera Israel tersebut.

Pasukan tentera Israel melancarkan kempen penangkapan yang menyasarkan aktivis HAMAS, di mana mereka telah berjaya menangkap dua orang tahanan yang berjaya bebas dari penjara di Hebron dan empat yang lain.

Related