Ketua Agensi Keselamatan Israel (ISA), Ronen Bar mengadakan lawatan ke Washington D.C dan bertemu pegawai kanan pentadbiran Amerika Syarikat. Ini merupakan lawatan sulungnya.
Lawatan itu berikutan kebimbangan tentera Israel terhadap peningkatan serangan di Tebing Barat pada bulan Ramadan akan datang. Bar mengatakan keadaan di Tebing Barat sebagai zon merah semenjak Peperangan Al-Quds pada Mei lalu dan menyifatkan kemarahan rakyat Palestin akan lebih mudah tercetus pada bulan Ramadan terutama perayaan kaum Yahudi, Pesach juga akan disambut pada bulan yang sama.

