Sekumpulan orang awam telah mengalami kecederaan semasa pertempuran berlangsung di Nablus dan Hebron yang terletak di Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan, seorang pemuda, Yazan Salah telah ditembak di bahagian tangannya dengan peluru hidup semasa pertempuran antara berpuluh-puluh orang pemuda dan pasukan pengganas Israel yang berlaku di Kota Burqa, Nablus. Kejadian ini berlaku selepas acara pengebumian seorang pejuang, Ahmad Saif yang telah syahid akibat ditembak oleh pasukan pengganas Israel pada minggu lepas.
2 orang lagi pemuda ditembak dengan peluru logam dan berpuluh-puluh orang awam mati lemas akibat gas beracun semasa pertempuran antara mereka dan pasukan pengganas Israel yang berlaku di sekitar Universiti Kadoori, terletak di Kem Pelarian Al-Arroub, Hebron

