Tentera Israel melancarkan kempen serangan dan serbuan besar-besaran yang melibatkan penahanan lebih 35 orang penduduk. Antara mangsa dalam serangan ini termasuklah Timbalan Majlis Perundangan Gerakan HAMAS dan para pemimpinnya.
Seramai 10 orang penduduk Palestin ditahan oleh tentera Israel di wilayah Ramallah. Antaranya ialah tahanan yang berjaya bebas dari penjara dan pemimpin gerakan HAMAS, Bassam Hammad serta Ketua Majlis Perkampungan Baytin, Mejar Hamid semasa serbuan ke atas rumahnya di perkampungan tersebut dibuat. Dua orang tahanan telah dibebaskan.
Tentera Israel menahan 9 orang penduduk Palestin di bandar Yatta, selatan Hebron. Mangsa termasuklah Timbalan Majlis Perundangan Gerakan HAMAS, Khalil Rabaee. 8 orang penduduk ditahan di Qalqilya, manakala 5 yang lain di Bethlehem dan 4 lagi di Nablus.

